Tuesday 1 December 2015

LAWATAN SENI BUDAYA KE KEDAH DARUL AMAN 2015.(AUDITORIUM JKKN ALOR SETAR KEDAH)

Bertarikh pada 26 - 29 november,Kelab Sinar Warisan melebarkan sayap persembahan ke utara Malaysia iaitu Kedah Darul Aman bagi menyempurnakan tugasan membuat  persembahan kuda kepang di negeri itu.Kelab Sinar Warisan yang diketuai oleh En Naim Marjani selaku ketua,yang dibantu oleh En Mohtadin bin Arim dan En Rodzahan bin Hj Urip diarahkan untuk  membuat persembahan di dua buah tempat iaitu di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Kedah yang bertempat di Alor Setar serta Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Baling Kedah.Perjalanan dari Johor ke Kedah mengambil masa lebih kurang 10 hingga 11 jam.

Antara ahli-ahli kumpulan



Gambar sekitar lawatan.

Tiba di pusat penginapan Kenari Homestay Alor Setar Kedah

Bersarapan di Kenari homestay.



Latihan Sebelum Membuat Persembahan.










 Malam Persembahan














Kami daripada Kelab Sinar Warisan mengucapkan terima kasih kepada kepada pengunjung yang hadir menyaksikan persembahan kami.Insyallah kita akan berjumpa lagi.








Monday 14 April 2014

RAKAMAN PERSEMBAHAN KUDA KEPANG SINAR WARISAN BERSAMA TV AL HIJRAH.

Pada tarikh yang sama berlangsungnya Bengkel kesenian anyaman kuda kepang anjuran JKKN 12 april 2014,Persatuan Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan meneruskan aktiviti membuat persembahan tarian kuda kepang pada malam hari untuk menjayakan rakaman persembahan kuda kepang bersama TV Al hijrah.(gambar di bawah)



 

 



PROGRAM BENGKEL KEMAHIRAN SENI ANYAMAN KUDA KEPANG 2014 ANJURAN JKKN.

Tanggal 12 april 2014  hari sabtu yang lalu,Persatuan Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan dengan rasminya menjadi tuan rumah bagi menjayakan Program Bengkel Kemahiran Seni Anyaman Kuda Kepang anjuran daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,Johor(JKKN) bagi tahun 2014.Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan diberi tugas untuk mengajar para peserta yang menyertai program ini cara pembuatan kraftangan anyaman kuda kepang.Seramai lebih kurang 20 peserta yang hadir terdiri daripada pelajar-pelajar dan kakitangan IPTA dan juga IPTS berserta lima orang tenaga pengajar terlibat dalam menjayakan program ini.Program kesenian bengkel anyaman kuda kepang ini bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.Majlis penutup dirasmikan oleh Pengarah daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,Johor(JKKN) iaitu En Abdul Hamid Bin Hj Muhamad serta diiringi persembahan tarian barongan,kuda kepang serta silat.























Kami daripada Persatuan Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada para peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Bengkel Kemahiran Seni Anyaman Kuda Kepang 2014 anjuran daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,Johor(JKKN).Kami berharap agar apa yang dipelajari menjadi suatu lagi lembaran baru kepada para peserta bagi menaikkan lagi seni yang kian pudar ini.Kami juga memohon maaf atas kekurangan daripada pihak kami sepanjang mengendalikan program kesenian ini.






  

Wednesday 19 March 2014

ACARA PENUTUP HARI KRAFTANGAN MALAYSIA 2014..


Bertempat di Pusat kraftangan Jalan Conlay Kuala Lumpur,Persatuan Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan sekali lagi menjadi penyeri acara penutup bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kraftangan Malaysia pada 8 mac 2014.Pelbagai reaksi dan ragam para penonton yang menyaksikan keasyikan persembahan permainan kuda kepang yang ditunjukkan oleh kumpulan kami.buat pertama kali yang melihat ianya memang suatu keterujaan dan keanehan bagi mereka yang menyaksikan persembahan itu tetapi apa yang pasti kumpulan kami cuba melakukan persembahan yang terbaik bagi memuaskan hati penonton yang hadir pada hari itu dan kami yakin ianya adalah sesuatu pengalaman yang unik bagi mereka yang pertama kali melihat aksi Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan.Walau apapun pihak kami berterima kasih kepada penonton yang hadir untuk melihat persembahan kami.
 







Wednesday 5 March 2014

LAWATAN 40 ORANG PELAJAR DARIPADA UITM SEGAMAT.


Pada tarikah 28 februari 2014,upacara pembukaan Persatuan Kuda kepang Sinar Warisan dihadiri oleh seramai 40 orang pelajar daripada uitm segamat untuk menyaksikan persembahan Kumpulan Tarian Kuda Kepang Sinar Warisan.Keterujaan melihat keunikan seni tari kuda kepang bukan sahaja hanya, melihat, malahan mereka diberi peluang untuk mempelajari gerak tari,serta alatan muzik yang dimainkan di dalam tarian kuda kepang.Di sini kami daripada kumpulan kuda kepang sinar warisan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 40 pelajar yang hadir menyaksikan tarian kumpulan kami dan kami juga sentiasa mengalu-alukan kehadiran sesiapa sahaja untuk menyaksikan tarian kuda kepang kumpulan sinar warisan.
di sini kami juga mengalu-alukan kehadira sesiapa sahaja untuk menyaksikan persembahan kami yang akan datang bertempat di Pusat Kraftangan di Jalan Conlay Kuala Lumpur pada 8  mac 2014 jam 8.30 malam sebagai upacara penutup hari kraftangan kebangsaan 2014.yok, nonton jaranan kepang mbah Naim!







Friday 14 February 2014

VIDEO PERSEMBAHAN DAN DOKUMENTARI KUMPULAN KUDA KEPANG SINAR WARISAN.




Persembahan di kompleks kraf Jalan Conlay kuala lumpur.
(sumber youtube)




Dokumentari Khas Kuda kepang Sinar Warisan.
 boleh juga layari  http://vimeo.com/86817304



Thursday 21 March 2013

MEMORIES IN PAST.THE JOURNEY OF MALAY TRADITIONAL ART KUDA KEPANG SINAR WARISAN.

Bicara tokoh seni dan warisan 2007

Tekan click untuk gambar yang lebih jelas.

 



Promosi melawat johor 1993

Tekan click untuk gambar yang lebih jelas.

   




Sambutan ke 35 tahun Kuda Kepang Sinar Warisan




Konvokesyen Uiam 1991



En Naim dan ahli kumpulannya.

Tekan click untuk gambar yang lebih jelas.






javanese music instrument